Pagi itu selepas menerima syarahan bebelan puan emak guwa lantas masuk ke bilik meninjau-ninjau apa yang patut guwa lakukan. Sindiran pedas dan menusuk kalbu memberikan anjakan paradigma kognitif guwa yang guwa rasakan sudah lama tidak menerima tamparan komen membina sebegitu. Kali terakhir guwa dapat bebelan begitu masa dekat-dekat SPM dulu.
“Dari kau tidur makan tidur
makan saja bagus ko tolong bapa kau di kebun tu, ataupun buatlah kerja-kerja di
rumah ni. Kalau malas tahap siput babi pun kemas lah bilik tu..macam itu
kandang babi sudah sia tinguk, patutlah teda perempuan minat sama kau ni..apa
pun malas…” lebih kurang begitulah mukadimah bebelan puan emak guwa ketika
mentarbiah iman dan jiwa guwa yang kosong ini. Jadi setelah kejadian itu lantas
jiwa guwa yang kosong ini sudah terisi dengan kata-kata yang membakar semangat bagi
menerangi kegelapan jiwa guwa.
Setelah diperkirakan guwa
mula untuk merancang apa pekerjaan yang guwa boleh lakukan selain mengulang
kaji facebook,instagram dan menonton drama korea dan melayu yang guwa boleh
menginferenskan banyak auta dari fakta hidup. Balik-balik cerita anak orang
kaya baru balik dari oversea lepas tu bapa dia suruh takeover syarikat, lepas
tu suruh kahwin dengan anak datuk juga..humpphh begitulah kita semua masyarakat
didoktrin dengan pemikiran fantasi hidup yang senang. Realitinya jauh panggang
dari api.
Berbalik kepada cerita guwa,
guwa pandang sekeliling bilik guwa..langsung tidak kondusif. Macam hampehh..langsung
tak kreatif dan kondusif…patutlah guwa rasakan tahap kreativiti guwa semakin
hari semakin menurun. Jika dibandingkan bilik guwa dengan stor rasanya level
stor lagi baik sebab ada senarai inventori disamping tersusun kemas, ini sudah sama
dengan bilik Cinderella tempat emak tiri dia kurung…puikk.
Lantas guwa menapak setapak
langkah sambil berhati-hati kerana dasar lantai bilik guwa sudah samar-samar
kelihatan dek dipenuhi barang-barang harta pusaka dan peribadi guwa. Kadang guwa
terfikir juga untuk berdoa adalah sang pari-pari datang menolong guwa membersihkan bilik guwa
ini..ahhhh khurafat plak pemikiran guwa ni..banyak sekali nonton sinetron indon
agaknya…
Sambil-sambil mengutip harta
pusaka guwa yang bertaburan di dasar lantai guwa pun bernyanyi kecil bagi
menghiburkan hati konon-konon supaya tidak tertekan lah. Sedang guwa
mengasingkan sampah-sampah di bilik guwa lantas guwa terpandang sebuah kotak
kasut dibawah katil guwa. Ntah berapa kurun sudah kotak tersebut bersemadi di
bawah katil guwa.
Naluri kelakian guwa yang
diselimuti perasaan ingin tahu membuatkan guwa mengeluarkan kotak tersebut dari
tempat persemadiannya. Guwa meniup debu yang melitupi permukaan atas kotak
tersebut. Sudah macam dalam cerita Indiana Jones jumpa artifak beribu tahun.
Guwa buka kotak
tersebut..rupanya surat-surat zaman-zaman bercinta dahulu kala. Bila diflash
back kembali..dulu-dulu mana ada teknologi telefon, sms apatah lagi whatsapp
ini semua. Alangkah gembiranya ketika itu.. burung berkicauan riang..angin
meniup sepoi bahasa..mentari memancar cahaya seadanya. Arghhhh syurgaaaa..kahkahkah
Sambil guwa membelek-belek
surat kiriman itu..guwa terpandang satu memo yang guwa rasakan cukup istimewa. Entah
kenapa ketika itu guwa rasakan moment itu datang kembali walaupun sudah
ditinggalkan beberapa tahun. Biarlah cerita itu guwa simpan hingga akhir hayat
guwa. Diharapkan satu ketika ada ilham untuk guwa merungkai kembali kisah itu.
Al- Fatihah untuk nya…...