All Rights Reserved | Harith Photography 2018

Thursday, May 3, 2012

Tour Of Borneo 2012








Assalamualaikum..

Satu hari di petang khamis ini aku menulis lagi entry terbaru dalam blog ini, aku merajinkan diri untuk menulis jugak barang sepatah dua kata,sempena petang yang indah  ini juga  ingin aku nukilkan melalui taipan butang-butang huruf Komputer riba aku. Bertemankan secawan kopi 3 in 1 jenama Nescafe, aku hirup penuh penghayatan. Kicauan burung-burung yang riang sambil bertenggek di tepi tingkap membuatkan aku semakin hanyut dalam dunia imaginasi yang penuh tipu helah kerna hakikatnya itu semua hanyalah imaginasi aku dalam dunia fantasi….ok enough………….habis mukadimah wa yang mencarut petang-petang ini…hahaha! 

Ok,blog wa sudah tidak update dekat sebulan..well..well..well…(gaya macam org putih ckp) sejak dua menjak ni wa kelihatan agak sibuk dengan aktiviti kehidupan wa sebagai seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam…tugasan wa yang tinggi menggunung disamping memerlukan perhatian dan konsentrasi tinggi bagi aku siapakan tugasan tersebut..ditambah lagi dengan fail2,laporan2 yang perlu aku kemas kini…membuatkan aku agak meminggirkan blog ini..kesimpulannya baru hari ini aku dapat update blog..(kelihatan ayat ilmiah disitu)….

Kepada semua member-member yang sudi menjengguk blog wa ni..tidak dilupa juga kepada sesiapa saja yang secara tidak sengaja termasuk ke dalam blog wa ini,wa mohon maaf lah sebab jarang update blog ni..tapi wa berjanji akan selalu update blog ini dengan gambar wa yang tidak seberapa itu disamping sedikit omongan kosong wa yang kalian boleh pinggirkan..hehehe..ok lah cukup..cukup.. kali ni wa bagi masuk entry pasal Tour Of Borneo 2012 adalah perlumbaan basikal pertama di sabah yang ala2 macam Le Tour De Langkawi tu..perlumbaan bermula daripada Semporna Sehingga Kota Kinabalu selama 5 hari dan 5 peringkat perlumbaan. wa sempat shoot untuk stage 1 dan 2 sahaja dengan member wa Mr Gray....
Ok lah semua,rasanya sampai sini dahulu entry kali ni..lain kali wa update blog…sori entry kali ni pendek..




Nota Kaki : hujan mulai turun membasahi bumi..mereka turun beramai-ramai dengan riang sekali...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...