All Rights Reserved | Harith Photography 2018

Sunday, November 13, 2016

Cherita Hujung Minggu



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kipas bilik berpusing laju, anggaran kelajuan guwa anggarkan adalah 200rpm namun regulator kipas guwa setkan ke nombor 5. Sedikit kelesuan dan kehangatan bahang matahari siang hari tadi dapat dikurangkan.

Guwa capai kotak rokok haram tanpa cukai dia atas meja yang jelas terpampang di muka hadapan gambar seorang lelaki terlantar sakit di katil hospital dek kerana terlalu banyak menghisap rokok barangkali. Ahhh peduli apa guwa gambar itu, yang penting tekak ini dapat menghisap asap yang dikeluarkan daripada pembakaran tembakau yang dalam kajian doktor-doktor bijak pandai mempunyai beribu-ribu jenis racun. Namun guwa punya pandangan apa yang haram itu bisa kita halalkan dengan cara mengenakan cukai. Namun guwa cuba tegaskan disini rokok tetap bahaya untuk kesihatan.

Penapis rokok berwarna putih suci itu sudah guwa selitkan diantara bibir guwa yang mungkin akan mencumbui bibir-bibir gadis cantik di luar sana. Percikan api dari pemetik api guwa dekatkan dihujung rokok. Tembakau sudah mula terbakar,  asap putih suda mula berkepul-kepul guwa lepaskan di ruang atmosfera bilik rumah sewa guwa. 

Telefon pintar jenama buah apel guwa capai, lalu perlahan guwa lepaskan kabel yang bersambung di bahagian punggung telefon pintar itu. Pantas jari jemari keras ini mengusap lembut muka hadapan telefon pintar ini yang kadang kala tidak juga terlalu pintar guwa rasakan. Jika dulu aplikasi pertama akan dibuka adalah sistem pesanan ringkas (SMS) akan guwa selidik dahulu. Namun dunia sudah berubah, dulunya katak dibawah tempurung, kini katak sudah pandai berteduh di perhentian bas jika hari hujan. Perisian whatsapp guwa buka dahulu, satu persatu guwa tinjau dari pesanan orang perorangan sehinggalah kepada pesanan kumpulan.
**********************************

bersambung....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...