All Rights Reserved | Harith Photography 2018

Thursday, October 9, 2014

Ini Cerita Guwa

Entah mengapa malam ini mata guwa sukar untuk di lelapkan…”arhhh mungkin kesan pengambilan kaffien tadi mungkin” bisik hati kecil guwa..silap juga tadi masa lepak di  Kedai Mamak paling ngeetop di kawasan kediaman guwa ini guwa bantai neskape susu satu gelas besar…confirm malam ni tidur pukul 2 pagi.

Tiba-tiba guwa teringat pesan mahaguru guwa dulu masa guwa bertapa di di sungai Bunsit dulu..kata beliau “ kalau tidak dapat tidur malam..mungkin ada orang ingat sama kamu tu” tiba-tiba flash back mahaguru guwa tu hilang kerana seekor nyamuk telah menglovebite pipi guwa..guwa pun fikir-fikir siapa juga yang ingat2 sama guwa ni..kalau cakap sumandak mau ingat sama guwa jauh sekali…guwa masih single. Ohh mungkin ex..ex guwa yang pernag singgah di hati guwa untuk mewarnai hidup guwa ingat sama guwa..ahh biarkan saja mereka..ini semua dunia..monolog dalaman guwa berkata.

Lantas guwa bangun dari tempat beradu guwa..menuju ke locker lantas mengeluarkan komputer riba yang guwa simpan di dalam. Sebaik guwa guwa menghidupkan laptop guwa..guwa mengklick pada google chrome..niat di hati untuk membuka mukabuku lah..
3 minit kemudia, guwa sudah bertentang mata dengan muka hadapan log masuk mukabuku..” lambat pulak internet malam ni”..rungut guwa. Selepas menunggu hampir 3 minit barulah guwa dapat log masuk ke dalam mukabuku…, bila cakap 3 minit ni ingat plak iklan Meggie dulu-dulu..meggie kari 3 minit sedap dimakan cepat dimasak. Sudah menjadi lumrah alam Meggie menjadi makanan utama masa belajar seperti mana yang guwa hadapai sekarang ini. Kehidupan sebagai seorang mahsiswa di Universiti Balkos sedikit sebanyak mengajar guwa erti kehidupan sebagai pelajar, ok kita tinggalkan cerita Meggie, nanti karang guwa huraikan bab megie beserta tinjauan literature parah lagi nanti. Berbalik kepada cerita mukabuku, selepas hampir 3 minit menunggu barulah post-post dalam facebook guwa dapat tinjau satu persatu. Namun ada satu post yang membikin hati guwa tersentuh…….

“Undangan perkhawinan Syafiqah & Azizul “  (Bukan nama sebenar). Patutlah malam ni guwa sukar untuk tidur…ini pulak cerita dia. Ex guwa yang suatu ketika dulu pernah bersama-sama guwa mengharungi suka duka akan melangsungkan perkhawinan dengan jejaka pilihan beliau. Ligat minda guwa mengimbas kembali detik-detik perkenalan bersama beliau dulu ketika kami sama-sama belajar di sebuah IPTA di Kota Kinabalu….kepada sesiapa yang pernah membaca entry cerita Cinta Sup Ayam di status mukabuku guwa tau lah tu ceritanya hahahaha..Guwa lihat beliau juga menginvite guwa untuk kemajlis beliau..pantas guwa mengklick pada [maybe]..
Bukan guwa tidak mahu kemajlis beliau, tetapi dengan bebanan kerja guwa sekarang mungkin menjadi penghalang bagi guwa untuk menghadirkan diri ke majlis beliau. Lagipun majlis tu berlangsung pad hujung minggu dan guwa pun sedang sibuk menyiapkan kajian guwa.
Saat perkenalan dulu dan saat bersama ketika itu memang indah…tapi apakan daya..kusangkakan panas sampai ke petang rupanya ribut salji di tengah hari. Guwa redha dengan keputusan beliau untuk pergi meninggalkan guwa. Mungkin jodoh kami tidak ada..Tulang rusuk guwa mungkin ada pada wanita lain bukan pada beliau..ecehh ayat kahkahkah..

Sambil guwa layan lagu yuna yang mendayu-dayu diwaktu malam yang dingin. Guwa meninjau-ninjau profile facebook ex guwa tu. “ Khawin dengan pilot pulak dia ni” selepas guwa terlihat gambar beliau bersama bakal suaminya. Sesuai lah beliau khawin dengan pilot sebab beliau juga merupakan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan swasta…(ayat guwa ni macam ilmiah bangatt).. mungkin detik perkenalan mereka di dalam kapal terbang juga. Patutlah gambar-gambar pre wedding dorang pun dalam kapal terbang… Guwa masih ingat ketika menghantar beliau untuk sesi temuduga pengambilan pramugari ketika itu… Guwa siap tipu dengan ketua jabatan guwa yang guwa kena balik kampung di Keningau sebab ada urusan peribadi, sekali dengan surat doktor yang guwa edit dari scrib hahaha…barulah guwa punya cuti lepas. Sudahlah ketua jabatan garang macam singa, tapi untuk pengorbanan sama guwa punya sumandak, ehh dulu sumandak sekarang ex sudah..guwa sangup berhadapan dengan beliau..(perghhh ayat =) )

Seperti mana yang guwa cakap tadi, mungkin jodoh kami tiada…selepas beliau tamat latihan dan mula bekerja sebagai pramugari..hubungan kami mulai dingin dan selepas itu kami mula mengambil haluan masing-masing. Setahun selepas itu baru lah beliau menghubungi guwa kembali. Namun ketika itu hati guwa sudah tertutup untuk beliau kerna ketika itu guwa sudah bersama kembali dengan kekasih lama guwa ketika masih dibangku sekolah. Beliau ada menyatakan untuk kembali bersama guwa….memang perasaan sayang itu masih ada…tapi cepat2 guwa tepis godaan cinta beliau yang murni itu ke tepi…

Selepas 5 tahun kejadian itu berlaku..guwa kembali sendiri.. menghadapi hidup-hidup yang mendatang, Sumandak guwa selepas guwa putus dengan beliau  turut pergi meninggalkan guwa…Guwa harap mereka yang pernah singgah di hati guwa akan berbahagia dengan kehidupan mereka...mungkin juga malam ini mereka sedang mengingati guwa..itu pasal guwa tidak boleh tidur….

Perut lapar…..guwa capai kunci kereta dan meluncur laju menuruni bukit taman perumahan guwa… ke arah pusat bandar…destinasi dituju adalah Mekdi…isi perut dulu…30 minit kemudian guwa sudah melahap makanan di hadapan guwa....guwa jeling meja sebelah ada amoi solo-solo sedang khusuk membaca novel.... beliau juga menjeling ke arah guwa..lantas guwa berikan senyuman kepada beliau.....dan disitulah detik perkenalan kami bermula.... =)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...