All Rights Reserved | Harith Photography 2018

Monday, April 25, 2011

Hobi baru..

Assalamualaikum..

kemarin tengah wa jenguk2 blog member wa tu yang lama da x dia update (mungkin sebab busy exam kot) wa jumpa satu  satu robot2 yang di perbuat dari kertas,wa rasa cantik lah cute lagi tu hahha..wa pun melakukan sedikit pencarian maklumat,last2 wa dapatlah website yang provide cara2 untuk wat robot macam tu..so,wa pun memuat turun lah template2 yang memang sudah ada dalam site tu..then wa pun belajarlah wat satu demi satu hehe,,hasilnya memang best hehhe..rasa puas pulak bila dapat siapkan satu.. ok lah wa pun mood baik punya hari ni untuk kasi tunjuk sama u all hehe..mula2 kita kena print lah template yang kita sudah pilih tu..


Contoh macam ni lah..kali ni wa buat Garfield hehe :)

Lepas tu,potong bahagian yang dicetak tadi..
Lipat bahagian yang telah dipotong tadi.

Kertas yang siap dilipat itu kemudian dicantumkan antara bahagian badan lain dan hasilnya menjadi seperti 
ini,senang kan hehehhe...


koleksi yang wa sudah buat hehhe..coming soon mau tambah lagi ni..

Ok lah wa sudah ajar korang cara buat kan hehe nanti da benda baru lagi,wa tunjuk lagi ok hehhe...wa pun sudah ngantuk,pagi tadi wa kena lari ke dewan sebab lewat bangun untuk perhimpunan hehe,jam 7.00am mula wa bagun 6.30am..lepas tu lagi wa kena ambil test untuk pengurusan gerko tengah hari dia,habis jak test tu lari lagi ke padang untuk acara larian merentas kampus...pennaaaaat betull..ok lah wa tidur dulu,kalau banyak typing error tu faham2 jak..bukan disengajakan tu..mata ni pun layu da macam mata garfiled tu hahha..ok jumpa lagi..

Ps: untuk member wa tu,update2 lah blog tu..mau tau cerita baru hehhe.. :)

Thursday, April 21, 2011

MISTERI TANDAS BLOK SEMARAK





Aku seorang pelajar sebuah sekolah di ibu negara,aku berada dalam tingkatan 5 sekolah tersebut. Satu hari ayah dan ibu memanggil aku untuk berbincang dengan aku. “ Zack,ayah panggil ngko ni bukan pa,tapi ayah nak bagi tau pasal cadangan ayah dengan ibu untuk masukkan ngko dalam asrama” kata bapak. “ betul cakap ayah ngko tu zack,ibu lihat ngko di rumah ni,bukan study pun,balik pagi keluar malam.Ingat Zack tahun ni ngko tu ambil SPM”kata ibu. Aku terkejut dengan cadangan ayah dan ibu itu,” Tapi ayah! Zack berjanji akan berubah ayah..” kata ku. “ Ah! Tak da tapi-tapi lagi zack..ayah dengan ibu sudah puas bagi nasihat dengan ngko ni,cuba ko tengok abang dengan kakak ngko tu,semua dah masuk Universiti”. Aku menerima cadangan tu dengan hati yang berat.

Hari pertama aku masuk asrama semua kawa-kawan tanya aku.”Eh! Zack pasal ngko masuk asrama ni? Mana best stay dalam asrama ni,hidup macam dalam penjara” kata Sameon. “ apa boleh buat meon.ni mak bapak aku punya cadangan,tapi aku terima jugak,sebab memang betul pun apa yang dorang cakap tu” kata aku.Tiba-tiba Hasyim member aku dari dorm sebelah datang buat lawatan social di bilik aku.”wahh! ada meber baru hostel kita ni..hehhe..welcome to the club Zack”. Hisyam mengalu-alukan kehadiran wa di asrama tu. Hisyam ni kawan aku jugak,kita orang duduk dalam satu kelas. Boleh dikatan dia ni orang yang paling senior dalam asrama ni,sebab tu dia dilantik ketua asrama. Semua selok belok asrama ni dia tau,sampailah lubang untuk keluar asrama ni untuk beli rokok pun dia tau.

Malam pertama di asrama buat aku tidur tidak selesa. Aku masih teringat akan bilik aku yang selesa,berhawa dingin,tilam yang empuk lengkap semua untuk keselesaan aku. Tapi aku kena terima dengan seadanya.Ini adalah satu pengalaman yang sukar untuk aku cari. Mungkin dengan pengalaman ni aku akan lebih dewasa dan berubah sikap. Aku tidak mahu menghampakan ayah dan ibu aku yang terlalu mengharapkan aku untuk berjaya.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 1.00 pagi,tiba-tiba perutkku terasa memulas-mulas. Lantas aku terus menyedarkan meon yang sudah enak dibuai mimpi.“ Meon,bagun kejap,teman aku pergi tandas,sakit betul perut aku ni.” Aku sudah tidak tahan,meon yang dari tadi aku cuba kejutkan langsung tidak menunjukkan tindak balas untuk bangun.
Lantas aku dengan dengan hati yang berat terus juga melangkah ke tandas asrama. Lankah demi langkah aku menapak kea rah tandas yang cuma hanya beberapa meter dari bilikku. Suasana sepi dan hembusan angin malam yang sejuk menambahkan lagi triller keseraman aku. Sedar tidak sedar aku sudah berada di dalam tandas. Selepas selesai melepaskan hajat aku. Aku lantas ingin segera balik ke dalam bilik. Tiba-tiba aku terdengar satu suara seperti bayi menangis. Aku amati bunyi itu dengan sebaik mungkin. Memang betul suara itu adalah suara bayi menagis. Suara itu datangnya dari arah sebuah stor. Aku memberanikan diri untuk menyiasat siapakah Gerangan pemilik suara itu.



Langkah demi langkah aku menghampiri pintu stor itu,degupan jantung semakin kencang. aku teringat pesan ayah aku.” Zack,benda-benda macam ni kita tak payah takut. Dorang tu semua makhluk tuhan jugak sama macam kita. Cuma mereka dalam keadaan yang berbeza” kata-kata tu menguatkan semangat aku untuk mengungkap misteri itu.Aku memusing tombol pintu itu dengan perlahan-lahan,ntah dari mana datangnya bau hanyir darah tiba-tiba menusuk masuk ke rongga pernafasan ku. Sebaik pintu ditolak alangkah terkejutnya aku apabila di satu sudut bilik itu aku terlihat susuk tubuh wanita yang berambut panjang sedang tunduk dan memangku bayi yang hodoh mukanya. Darah mengalir membasahi sekitar tempat wanita itu berdiri. Tiba-tiba! Wanita itu memandang kearah aku. Aku dapat melihat muka wanita tersebut yang dipenuhi ulat dan mempunyai lidah yang panjang. Aku dengan langakah seribu terus memecut balik ke bilik lalu menyelimuti diriku dengan selimut. Aku terus membaca ayat-ayat suci sehingga ke pagi.

Keesokan paginya aku menceritakan pengalam yang aku lalui semalam,kawan-kawan aku semuanya ketawa apabila aku menceritakan perkara tersebut.” Alah Zack biasalah tu,orang baru kan disini saja jak dia mau kenal-kenal dengan ko tu heheh” dengan selamba Hisyam berkata. Aku dengan perasaan yang hairan dan bingung semakin bingung. Sebenarnya Zack,asrama kita tinggal sekarang ni bekas asrama perempuan,dulu ada seorang pelajar perempuan yang menggugurkan kandungannya di dalam bilik stor tu,akibat pendarahan yang banyak pelajar tu meninggal dalam stor tu,mayatnya hanya dijumpai 2 hari selepas kematiannya,ketika ditemui mayatnya sudah berulat dan busuk. Sebab tu sampai sekarang bilik tu tiada siapa yang berani bukak,tambah lagi kan bilik tu berkunci,macam mana pulak ngko boleh bukak bilik tu Zack? Hehehe” .


Penjelasan zack itu telah menjawab seribu persoalan yang menghantui pemikiranku sejak dari semalam. Sekarang aku tidak berani lagi untuk ketandas tanpa teman. Sejak peristiwa itu aku tidak berani lagi untuk melihat ke arah stor itu, sekarang aku sudah berjaya menghabiskan persekolahanku dan aku memperoleh keputusan SPM 20 A. pengalaman itu sangat bermakna bagi diriku walaupun menyeramkan.

Ditulis oleh:Bulat a.k.a Harith berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Tuesday, April 19, 2011

Mukah Sarawak

Assalamualaikum..

Pagi ni lepas wa habis ambil Ujian Akhir Kursus bagi subjek TITAS..wa dapat sms dari Cik Awek wa yang study di Masterskill Kota Kinabalu tu..sms tu mengatakan bahawa Cik Awek wa sudah tau tempat praktikal dia saaana Mukah Sarawak....jauh jugak dari sabah tu,,Cik Awek kena praktikal di Mukah Sarawak..di Hospital Mukah..lama lah tak dapat jumpa dengan dia ni..sekarang pun sudah berapa bulan tak jumpa..wa ada d Tawau..dia di Kota Kinabalu..dalam 4 bulan lagi baru dapat jumpa.. sedihnya :(  tapi tak palah..yang penting Cik Awek dapat menimba pengalaman di tempat orang..belajar untuk hidup berjauhan dengn keluarga..kan? menurut pembacaan yang wa lakukan di internet ni,,untuk sampai ke bandar Mukah kita boleh naik bas dari Sibu ke Mukah agak dalam 2-3 jam jugak perjalanan tu pun ikut member wa yang dari sarawak lah,,kalau naik kapal kena dari kucing baru ke Mukah..so kalau mau buat lawatan ke Mukah,,wa kena naik Kapal dari Kota Kinabalu ke Kucing..lepas tu baru dari Kucing ke Mukah..dua kali jugak kena naik kapal ni..kalau tiada aral melintang ingin jugak wa melawat ke Mukah heheh..Cik Awek pun akan bergerak ke Mukah Jumaat minggu depan..so..wa harap dia sentiasa sabar dengan apa jua cabaran yang ditempuh dan semoga dapat melakukan praktikal di Mukah dengan jayanya nanti..wa disini sentiasa mendoakan Cik Awek di Sana nanti :)..ok lah sampai sini dulu,sebelum tu wa ada sertakan gambar2 bandar Mukah yang wa ambil dari internet (bukan wa yang ambil ni)..mana tau da lain kali u all akan ke snaa jugak kan..hehe..



Sunday, April 17, 2011

"You Got me"








Assalamualaikum.


Hari ni masuk sebulan sudah wa x keluar ke bandar...macam mana mau kebandar jika duit d dompet kosong hahah..kesian2..hari sabtu tu hostel wa sunyi jak..wa bangun jam 10.00 tu x org jalan2,semua sudah ke bandar melawat PC Fair..tinggallah wa yang dalam kesediahan ini bersama teman-teman yang sewaktu dengan wa hahah...tulah dulu kena suruh berjimat tak mau jimat-jimat..sekarang sendiri rasa..Ok lah cukup sedih2 tu..kepada pembaca aktif blog wa ni..mesti perasan kenapa wa jarang da upload entry ngan gambar2 terbaru kan hehe..bukan wa ingin menjauhkan diri dari kamu..tapi kesibukan wa ni menghalang wa untuk berbuat sedemikian..wa bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan projek bagi major wa..baru hari sabtu tu siap..syukur jugaklah..minggu ni wa ada Ujian Akhir Kursus (UAK) untuk TITAS..perghhh sejarah tu...subjek yang paling wa suka hehehe...suka sebab dalam kelas tu wa bleh tidur hahaha..harap-harap semuanya berjalan seperti yang wa khendaki..doakan wa lulus ok..

Ok lah..mesti korang semua tertanya-tanya kenapa entry wa ni tajuk You Got Me? tapi wa cerita lain kan hehe lari tajuk sudah...sebenarnya tu mukadimah jak..sebenarnya tu tajuk lagu yang wa ambil untuk projek MV (music video) yang wa produce sendiri hehe..masa hari ahad tu..seawal jam 8 wa sudah mula proses penggambaran..perggh panas gila masa tu...nasib pelakon ma crew x bermasalah..suma ok jak hehe..bukan ramai pun kita org..pelakon dia d2 orang,crew behind the scene 1 orang..wa kena jadi crew produksi,producer,pengarah,make up artis,cameraman..semua lah wa yang buat..biasalah low bajet punya produksi hehhe..kemarin tu wa guna Nikon 3100 untuk video,Olympus E450 untuk photography,dan sebuah Sony handy cam..dari baring2 atas jalan raya sampailah atas rumput semua wa yang buat..penat gila..balik tu trus transfer video tu dengan edit sekali..memang penatlah..sekarang wa rasa sudah cam na untuk menghasilkan video yang terbaik wa terpaksa mendapatkan sudut yang memang ektreme..ekstreme sebab pa? cuba kamu semua bayangkan wa kena baring,menonggeng semua atas jalan tu yang panas..memang cabaran2..syukur jugaklah semuanya berjalan dengan lancar...lepas semua editing siaop..malam tu jugak wa kena edit music untuk latihan teater..sudah siap tu..wa bergegas lagi pergi depan blok Alamanda tu untuk latihan teater..waduhh memang penat kepalang...tapi tak pa..tu suma biasa bagi wa hahah..ok lah wa pun penat sudah taip panjang2 ni...heheh..ok lah nnt wa ada cerita baru..nanti wa upload lagi ok..bye semua..happy selalu..harap korang semua enjoty tengok gambar-gambar behind the scene tu..

Thursday, April 14, 2011

Vimeo




Assalamualaikum.
Ok lah..wa punya blog pun sudah ok..hehe..sekarang wa mau share pasal video yang wa buat semalam..malam semalam dalam jam 2 pagi tu wa ada cuba2 buat video..lepas tu edit skit guna sony vegas dan upload dalam vimeo..so harap kamu enjoylah k tonton video wa tu..kalau boleh bagilah sedikit penambahbaikkan..oklah..wa pun sudah ngantuk ni jam pun sudah menunjukkan jam 2 pagi..hehe..besok wa ada kelas awal dengan Ms Azian..td masa di dewan dia cakap klu dapat datang awal besok 7.15 am tugasan bleh hantar isnin depan...heheh ok..wa bagi link video ni..nanti tengoklah k..bye..da cerita baru nanti wa upload lagi.tunggu tau heheh..

Pengumuman Maaf


Assalamualaikum..
Wa minta maaf banyak2 kepada pembaca blog wa ni yang setia..sebenarnya petang tadi blog wa ni ada sedikit masalah teknikal, jadi wa terpaksa untuk tutup sementara blog ni dari umum.sementara blog wa ni dalam pembaikan..wa minta maaf banyak2..sokongan yang diberikan wa amat hargai...segala kesulitan amatlah dikesali..tidak berniat untuk menyentuh hati mana-mana pihak.cuma terdapat masalah teknik saja..semoga kalin dapat terus memberikan sokongan kepada blog wa ni...tetttttttttttt..hehe..:).

Ps-Sekarang blog wa sudah bagus,,,nanti wa upload berita terbaru ok hehe..jangan risau..kepuasan anda keutamaan kami ...

Monday, April 11, 2011

Di satu Petang...


Assalamualaikum...
Heheheh..wei apa mcm hari ni..ok jugak suma? harap korang semua happy,enjoy,suksess selalu..bukan pa..bila hidup kita ni sedih2 mana da sumagat kan heheh..ok lah hari ni wa mau cerita pasal pagi td..masa pagi td..wa begitu bersumangat untuk hantar asignment..besalah siap sudah kunun kan heheh..lepad da siap binding tu..wa tengok sekali silap tajuk da...bukan EDU 3117 tapi BMM3117..wa pun dengan rasa cuak terus minta teman c bona hantar balik hostel p print cover baru tu..nasib sempat jugak hantar hehehe...tq Bona.i lap u hahahha main2 jak..

Pas suma da settle,,penat bukan main lagi...petang da perjumpaan kokum lagi..dengar org buat presntation...hahah tapi wa bukan dengar pon pa dorg bentang di depan tu..wa cbuk dengan aktiviti wa hahah..wa tengok member seblah mendo ngan erfan sudah lentok..ntah mimpi apa sudah..satu malam teda tdur..hahah..mau tau pa wa buat dalam dewan tu..wa lukis2...conteng2 dalam buku cacatan wa hahha..ingat! jangan lakukan perbuatan ni dalam dewan kuliah..kesian member d depan bentang tu..hahah..ok lah..sampai sini jak mau mau cerita..mata pun sudah ngntuk penat ni..mlm ni dengar da kelas ganti lagi..aduii...

*Nota kaki: hujan turun dengan lebat..katilku memanggilku,bantalku merinduiku..hehehe..

Saturday, April 9, 2011

Pemain IPG kampus tawau 2011

Sulaiman.

 Korn
Rafidan

 Gerald
 Geoff.

Rashid
Jaid
Will
Riko
Zul
Harith
Raziman 
 Bona

Assalamualaikum
Petang td wa ada job..ambik gambar untuk profile pemain ipg tawau ni..walaupun cuaca hujan renyai2 tapi wa gagahkan diri jugak untuk turun ke padang..untuk tidak mengecewakan kawan2 tu..sesi bergambar td tu memang sempoi hehe..macam2 gaya dorg buat..yang sempat wa upload ni jak lah..harap korang suma enjoy tengok dorg ni heheh...
MOHAMAD HARITH JANIUS
Sabah Freelance Photographer
Tel:014-374 2735 or 019-870 9394
Photo Stock:http://www.flickr.com/photos/tompinai
Skype:mohd_harith
Emel:harithinc@yahoo.com

Sunday, April 3, 2011

Conteng-conteng



Assalamualaikum...
Stresss melanda hahahaahha..minggu ni semua org sibuk di IP ni masing ada tugas,mana yang sibuk dengan tugasan.mana yang sibuk aktiviti dan segala hal yang sewaktu dengannya.tidak terkecuali diri wa yang turut serta dalam sindiket ni hahah...tapi apa2 pun wa sempat juga untuk mengupdate blog wa ni hahah...time stress ni wa suka lukis2 kartun..apa2 jak wa suka lukis kebanyakan masa wa budak2 cerita sebab masa tu belum lagi banyak benda yang mau difikir..hidup semuanya enjoy,main,sekolah itu jak..tapi sekarang dunia sudah berlainan,bestnya ketika itu..walaupun lukisan wa x cantik tapi wa rasa happy hehehe..hilang kejap stress ni..ok lah..wa pun banyak kerja lagi ni..heheh harap korang enjoy tengok lukisan wa yang sangat mengadvance kan hahahaha..gurau..gurau jak...

MOHAMAD HARITH JANIUS
Sabah Freelance Photographer
Tel:014-374 2735 or 019-870 9394
Photo Stock:http://www.flickr.com/photos/tompinai
Skype:mohd_harith
Emel:harithinc@yahoo.com

Friday, April 1, 2011

Olympus E450


Assalamualaikum...
Rajin plak malam ni mau post entry d blog..hehe..besalah malam minggu kan..besok sabtu..maksudnya cuti,dan cuti maknya bleh lah bangun lewat sket kan hehehe...macam tulah kehidupan we all semua di hostel ni..mau mengharap turun ke bandar nuun jah sana 36km pulang balik mau jugak 72km..sekarang ni pun aktiviti outing ke bandar oleh penduduk hostel ni pun sudah berkurang hehe mungkin semua sudah pokai..ni lah sebab nda menyimpan ni hehe..ok lah..entry kali ni bukan mau cerita pa..saja jak..tulis2 ni..rajin konon kan..rajin2 tapi tugasan tu betimbun belum kena buat haha,,,

Ok...kali ni entry wa bagi masuk lah gambar-gambar yang wa ambik dari bulan febuari sampailah bulan mac ni..sebenarnya banyak lagi gambar tapi ni jak yang wa mampu upload dalam blog wa ni..broadband yang wa pakai ni lambat betul ala2 cam labat siput babi  ni..huhhh..tapi sekurangnya wa bersyukur jgklah dapat jugak online walaupun lambat..hehe..semua gambar2 wa ni..wa ambik pakai DSLR Olympus E450..kamera murah jak..tu jak yang wa mampu beli untuk masa ni..lens pun pakai yang kit lense jak..belum ada lagi penambahan...besok2 bila sudah kerja barulah upgrade sket mungkin.."pakai dulu sampai tahap gaban dia" cakap meber wa tu..fikir2 betul jugak..biarlah kamera biasa ni wa pakai dulu untuk mengasah bakat dan kreativiti wa..ceeewahh hehehhehe ayat tu..ok lah wa pun penat sudah mau tulis panjang2..Handset wa pun mcm 4 kali sudah terima sms dan wa belum lagi balas..mesti meber2 bawak turun p kafe tu lepak2 hehe..ok lah suma harap enjoy lah tengok gambar2 wa tu r..harap adalah komen tu..barang satu dua ka..untuk penambah baikkan...sesungguhnya diri wa ni insan yang lemah perlu dibimbing..

MOHAMAD HARITH JANIUS
Sabah Freelance Photographer
Tel:014-374 2735 or 019-870 9394
Photo Stock:http://www.flickr.com/photos/tompinai
Skype:mohd_harith
Emel:harithinc@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...