All Rights Reserved | Harith Photography 2018

Thursday, April 21, 2011

MISTERI TANDAS BLOK SEMARAK





Aku seorang pelajar sebuah sekolah di ibu negara,aku berada dalam tingkatan 5 sekolah tersebut. Satu hari ayah dan ibu memanggil aku untuk berbincang dengan aku. “ Zack,ayah panggil ngko ni bukan pa,tapi ayah nak bagi tau pasal cadangan ayah dengan ibu untuk masukkan ngko dalam asrama” kata bapak. “ betul cakap ayah ngko tu zack,ibu lihat ngko di rumah ni,bukan study pun,balik pagi keluar malam.Ingat Zack tahun ni ngko tu ambil SPM”kata ibu. Aku terkejut dengan cadangan ayah dan ibu itu,” Tapi ayah! Zack berjanji akan berubah ayah..” kata ku. “ Ah! Tak da tapi-tapi lagi zack..ayah dengan ibu sudah puas bagi nasihat dengan ngko ni,cuba ko tengok abang dengan kakak ngko tu,semua dah masuk Universiti”. Aku menerima cadangan tu dengan hati yang berat.

Hari pertama aku masuk asrama semua kawa-kawan tanya aku.”Eh! Zack pasal ngko masuk asrama ni? Mana best stay dalam asrama ni,hidup macam dalam penjara” kata Sameon. “ apa boleh buat meon.ni mak bapak aku punya cadangan,tapi aku terima jugak,sebab memang betul pun apa yang dorang cakap tu” kata aku.Tiba-tiba Hasyim member aku dari dorm sebelah datang buat lawatan social di bilik aku.”wahh! ada meber baru hostel kita ni..hehhe..welcome to the club Zack”. Hisyam mengalu-alukan kehadiran wa di asrama tu. Hisyam ni kawan aku jugak,kita orang duduk dalam satu kelas. Boleh dikatan dia ni orang yang paling senior dalam asrama ni,sebab tu dia dilantik ketua asrama. Semua selok belok asrama ni dia tau,sampailah lubang untuk keluar asrama ni untuk beli rokok pun dia tau.

Malam pertama di asrama buat aku tidur tidak selesa. Aku masih teringat akan bilik aku yang selesa,berhawa dingin,tilam yang empuk lengkap semua untuk keselesaan aku. Tapi aku kena terima dengan seadanya.Ini adalah satu pengalaman yang sukar untuk aku cari. Mungkin dengan pengalaman ni aku akan lebih dewasa dan berubah sikap. Aku tidak mahu menghampakan ayah dan ibu aku yang terlalu mengharapkan aku untuk berjaya.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 1.00 pagi,tiba-tiba perutkku terasa memulas-mulas. Lantas aku terus menyedarkan meon yang sudah enak dibuai mimpi.“ Meon,bagun kejap,teman aku pergi tandas,sakit betul perut aku ni.” Aku sudah tidak tahan,meon yang dari tadi aku cuba kejutkan langsung tidak menunjukkan tindak balas untuk bangun.
Lantas aku dengan dengan hati yang berat terus juga melangkah ke tandas asrama. Lankah demi langkah aku menapak kea rah tandas yang cuma hanya beberapa meter dari bilikku. Suasana sepi dan hembusan angin malam yang sejuk menambahkan lagi triller keseraman aku. Sedar tidak sedar aku sudah berada di dalam tandas. Selepas selesai melepaskan hajat aku. Aku lantas ingin segera balik ke dalam bilik. Tiba-tiba aku terdengar satu suara seperti bayi menangis. Aku amati bunyi itu dengan sebaik mungkin. Memang betul suara itu adalah suara bayi menagis. Suara itu datangnya dari arah sebuah stor. Aku memberanikan diri untuk menyiasat siapakah Gerangan pemilik suara itu.



Langkah demi langkah aku menghampiri pintu stor itu,degupan jantung semakin kencang. aku teringat pesan ayah aku.” Zack,benda-benda macam ni kita tak payah takut. Dorang tu semua makhluk tuhan jugak sama macam kita. Cuma mereka dalam keadaan yang berbeza” kata-kata tu menguatkan semangat aku untuk mengungkap misteri itu.Aku memusing tombol pintu itu dengan perlahan-lahan,ntah dari mana datangnya bau hanyir darah tiba-tiba menusuk masuk ke rongga pernafasan ku. Sebaik pintu ditolak alangkah terkejutnya aku apabila di satu sudut bilik itu aku terlihat susuk tubuh wanita yang berambut panjang sedang tunduk dan memangku bayi yang hodoh mukanya. Darah mengalir membasahi sekitar tempat wanita itu berdiri. Tiba-tiba! Wanita itu memandang kearah aku. Aku dapat melihat muka wanita tersebut yang dipenuhi ulat dan mempunyai lidah yang panjang. Aku dengan langakah seribu terus memecut balik ke bilik lalu menyelimuti diriku dengan selimut. Aku terus membaca ayat-ayat suci sehingga ke pagi.

Keesokan paginya aku menceritakan pengalam yang aku lalui semalam,kawan-kawan aku semuanya ketawa apabila aku menceritakan perkara tersebut.” Alah Zack biasalah tu,orang baru kan disini saja jak dia mau kenal-kenal dengan ko tu heheh” dengan selamba Hisyam berkata. Aku dengan perasaan yang hairan dan bingung semakin bingung. Sebenarnya Zack,asrama kita tinggal sekarang ni bekas asrama perempuan,dulu ada seorang pelajar perempuan yang menggugurkan kandungannya di dalam bilik stor tu,akibat pendarahan yang banyak pelajar tu meninggal dalam stor tu,mayatnya hanya dijumpai 2 hari selepas kematiannya,ketika ditemui mayatnya sudah berulat dan busuk. Sebab tu sampai sekarang bilik tu tiada siapa yang berani bukak,tambah lagi kan bilik tu berkunci,macam mana pulak ngko boleh bukak bilik tu Zack? Hehehe” .


Penjelasan zack itu telah menjawab seribu persoalan yang menghantui pemikiranku sejak dari semalam. Sekarang aku tidak berani lagi untuk ketandas tanpa teman. Sejak peristiwa itu aku tidak berani lagi untuk melihat ke arah stor itu, sekarang aku sudah berjaya menghabiskan persekolahanku dan aku memperoleh keputusan SPM 20 A. pengalaman itu sangat bermakna bagi diriku walaupun menyeramkan.

Ditulis oleh:Bulat a.k.a Harith berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...