Entah mengapa malam ini mata guwa
sukar untuk di lelapkan…”arhhh mungkin kesan pengambilan kaffien tadi mungkin”
bisik hati kecil guwa..silap juga tadi masa lepak di Kedai Mamak paling ngeetop di kawasan
kediaman guwa ini guwa bantai neskape susu satu gelas besar…confirm malam ni
tidur pukul 2 pagi.
Tiba-tiba guwa teringat pesan
mahaguru guwa dulu masa guwa bertapa di di sungai Bunsit dulu..kata beliau “
kalau tidak dapat tidur malam..mungkin ada orang ingat sama kamu tu” tiba-tiba
flash back mahaguru guwa tu hilang kerana seekor nyamuk telah menglovebite pipi
guwa..guwa pun fikir-fikir siapa juga yang ingat2 sama guwa ni..kalau cakap sumandak
mau ingat sama guwa jauh sekali…guwa masih single. Ohh mungkin ex..ex guwa yang
pernag singgah di hati guwa untuk mewarnai hidup guwa ingat sama guwa..ahh biarkan
saja mereka..ini semua dunia..monolog dalaman guwa berkata.
Lantas guwa bangun dari tempat
beradu guwa..menuju ke locker lantas mengeluarkan komputer riba yang guwa simpan
di dalam. Sebaik guwa guwa menghidupkan laptop guwa..guwa mengklick pada google
chrome..niat di hati untuk membuka mukabuku lah..
3 minit kemudia, guwa sudah
bertentang mata dengan muka hadapan log masuk mukabuku..” lambat pulak internet
malam ni”..rungut guwa. Selepas menunggu hampir 3 minit barulah guwa dapat log
masuk ke dalam mukabuku…, bila cakap 3 minit ni ingat plak iklan Meggie dulu-dulu..meggie
kari 3 minit sedap dimakan cepat dimasak. Sudah menjadi lumrah alam Meggie menjadi
makanan utama masa belajar seperti mana yang guwa hadapai sekarang ini.
Kehidupan sebagai seorang mahsiswa di Universiti Balkos sedikit sebanyak
mengajar guwa erti kehidupan sebagai pelajar, ok kita tinggalkan cerita Meggie,
nanti karang guwa huraikan bab megie beserta tinjauan literature parah lagi
nanti. Berbalik kepada cerita mukabuku, selepas hampir 3 minit menunggu barulah
post-post dalam facebook guwa dapat tinjau satu persatu. Namun ada satu post yang
membikin hati guwa tersentuh…….
“Undangan perkhawinan Syafiqah
& Azizul “ (Bukan nama sebenar).
Patutlah malam ni guwa sukar untuk tidur…ini pulak cerita dia. Ex guwa yang
suatu ketika dulu pernah bersama-sama guwa mengharungi suka duka akan
melangsungkan perkhawinan dengan jejaka pilihan beliau. Ligat minda guwa
mengimbas kembali detik-detik perkenalan bersama beliau dulu ketika kami sama-sama
belajar di sebuah IPTA di Kota Kinabalu….kepada sesiapa yang pernah membaca
entry cerita Cinta Sup Ayam di status mukabuku guwa tau lah tu ceritanya
hahahaha..Guwa lihat beliau juga menginvite guwa untuk kemajlis beliau..pantas
guwa mengklick pada [maybe]..
Bukan guwa tidak mahu kemajlis
beliau, tetapi dengan bebanan kerja guwa sekarang mungkin menjadi penghalang
bagi guwa untuk menghadirkan diri ke majlis beliau. Lagipun majlis tu berlangsung
pad hujung minggu dan guwa pun sedang sibuk menyiapkan kajian guwa.
Saat perkenalan dulu dan saat
bersama ketika itu memang indah…tapi apakan daya..kusangkakan panas sampai ke
petang rupanya ribut salji di tengah hari. Guwa redha dengan keputusan beliau
untuk pergi meninggalkan guwa. Mungkin jodoh kami tidak ada..Tulang rusuk guwa
mungkin ada pada wanita lain bukan pada beliau..ecehh ayat kahkahkah..
Sambil guwa layan lagu yuna yang
mendayu-dayu diwaktu malam yang dingin. Guwa meninjau-ninjau profile facebook
ex guwa tu. “ Khawin dengan pilot pulak dia ni” selepas guwa terlihat gambar
beliau bersama bakal suaminya. Sesuai lah beliau khawin dengan pilot sebab beliau juga merupakan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan
swasta…(ayat guwa ni macam ilmiah bangatt).. mungkin detik perkenalan mereka di
dalam kapal terbang juga. Patutlah gambar-gambar pre wedding dorang pun dalam
kapal terbang… Guwa masih ingat ketika menghantar beliau untuk sesi temuduga pengambilan
pramugari ketika itu… Guwa siap tipu dengan ketua jabatan guwa yang guwa kena
balik kampung di Keningau sebab ada urusan peribadi, sekali dengan surat doktor
yang guwa edit dari scrib hahaha…barulah guwa punya cuti lepas. Sudahlah ketua
jabatan garang macam singa, tapi untuk pengorbanan sama guwa punya sumandak,
ehh dulu sumandak sekarang ex sudah..guwa sangup berhadapan dengan beliau..(perghhh
ayat =) )
Seperti mana yang guwa cakap
tadi, mungkin jodoh kami tiada…selepas beliau tamat latihan dan mula bekerja
sebagai pramugari..hubungan kami mulai dingin dan selepas itu kami mula
mengambil haluan masing-masing. Setahun selepas itu baru lah beliau menghubungi
guwa kembali. Namun ketika itu hati guwa sudah tertutup untuk beliau kerna
ketika itu guwa sudah bersama kembali dengan kekasih lama guwa ketika masih
dibangku sekolah. Beliau ada menyatakan untuk kembali bersama guwa….memang
perasaan sayang itu masih ada…tapi cepat2 guwa tepis godaan cinta beliau yang
murni itu ke tepi…
Selepas 5 tahun kejadian itu
berlaku..guwa kembali sendiri.. menghadapi hidup-hidup yang mendatang, Sumandak
guwa selepas guwa putus dengan beliau turut pergi meninggalkan guwa…Guwa harap
mereka yang pernah singgah di hati guwa akan berbahagia dengan kehidupan
mereka...mungkin juga malam ini mereka sedang mengingati guwa..itu pasal guwa
tidak boleh tidur….
Perut lapar…..guwa capai kunci
kereta dan meluncur laju menuruni bukit taman perumahan guwa… ke arah pusat bandar…destinasi
dituju adalah Mekdi…isi perut dulu…30 minit kemudian guwa sudah melahap makanan di hadapan guwa....guwa jeling meja sebelah ada amoi solo-solo sedang khusuk membaca novel.... beliau juga menjeling ke arah guwa..lantas guwa berikan senyuman kepada beliau.....dan disitulah detik perkenalan kami bermula.... =)