Assalamualaikum dan salam
sejahtera,
Kipas bilik berpusing laju,
anggaran kelajuan guwa anggarkan adalah 200rpm namun regulator kipas guwa
setkan ke nombor 5. Sedikit kelesuan dan kehangatan bahang matahari siang hari
tadi dapat dikurangkan.
Guwa capai kotak rokok haram
tanpa cukai dia atas meja yang jelas terpampang di muka hadapan gambar seorang
lelaki terlantar sakit di katil hospital dek kerana terlalu banyak menghisap
rokok barangkali. Ahhh peduli apa guwa gambar itu, yang penting tekak ini dapat
menghisap asap yang dikeluarkan daripada pembakaran tembakau yang dalam kajian
doktor-doktor bijak pandai mempunyai beribu-ribu jenis racun. Namun guwa punya
pandangan apa yang haram itu bisa kita halalkan dengan cara mengenakan cukai.
Namun guwa cuba tegaskan disini rokok tetap bahaya untuk kesihatan.
Penapis rokok berwarna putih
suci itu sudah guwa selitkan diantara bibir guwa yang mungkin akan mencumbui
bibir-bibir gadis cantik di luar sana. Percikan api dari pemetik api guwa
dekatkan dihujung rokok. Tembakau sudah mula terbakar, asap putih suda mula berkepul-kepul guwa
lepaskan di ruang atmosfera bilik rumah sewa guwa.
Telefon pintar jenama buah
apel guwa capai, lalu perlahan guwa lepaskan kabel yang bersambung di bahagian
punggung telefon pintar itu. Pantas jari jemari keras ini mengusap lembut muka
hadapan telefon pintar ini yang kadang kala tidak juga terlalu pintar guwa
rasakan. Jika dulu aplikasi pertama akan dibuka adalah sistem pesanan ringkas
(SMS) akan guwa selidik dahulu. Namun dunia sudah berubah, dulunya katak
dibawah tempurung, kini katak sudah pandai berteduh di perhentian bas jika hari
hujan. Perisian whatsapp guwa buka dahulu, satu persatu guwa tinjau dari
pesanan orang perorangan sehinggalah kepada pesanan kumpulan.
**********************************
bersambung....
No comments:
Post a Comment