All Rights Reserved | Harith Photography 2018

Wednesday, March 30, 2011

Tinggal Kenangan


*gambar atas dan bawah :Arwah Shachess (depan) duduk dari kiri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bukak entry blog saya kali ini dengan cerita yang sedih dan dapat menjadi pengajaran yang sangat bermakna kepada diri saya dan juga yang membaca apa yang saya tulis disini. Pada tanggal 30.3.2010 saya telah dikejutkan dengan kematian seorang rakan karib saya , berita ini amat mengejutkan bagi kami semua yang mengenali insan yang bernama Sachess Qaspie...siapa sangka seorang yang periang dan peramah sanggup bertindak sedemikian..bagi saya kenangan bersama semenjak kita di bangku sekolah adalah satu kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan. Banyak persoalan timbul di kepala ..mungkin segala persoalan yang timbul hanya mampu dijawab oleh yang maha ESA..

Saya mula mengenali insan yang bernama Sachess Qaspie ini sejak dari tahun 4 ketika sama-sama bersekolah di Sk Bingkor Keningau..sebagai rakan, saya sifatkan arwah sebagai seorang yang periang,suka menolong dan tidak kedekut dengan ilmu yang beliau ada. Ketika masih sama2 bersekolah dahulu arwah adalah seorang yang bijak dan mudah memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas..bagi saya dan juga rakan yang pernah sama2 bersekolah dengannya,arwah adalah tempat bagi kami untuk meminta tunjuk ajar.Setiap kali musim cuti semester mula,kita orang akan kumpul2 cerita pasal aktiviti masing2,cuti ni pa aktiviti mau buat,gelak tawa..Saya masih ingat kali terakhir berjumpa dengan arwah pada hari jumaat tahun lalu dan ketika itu beliau bergegas untuk ke Kota Kinabalu untuk ke pulang ke Sarawak..siapa tahu pertemuan itu adalah kali terakhir.. Namun semua itu semuanya hanyalah kenangan..bagi kita yang masih bernyawa hidup mesti diteruskan..

MOHAMAD HARITH JANIUS
Sabah Freelance Photographer
Tel:014-374 2735 or 019-870 9394
Photo Stock:http://www.flickr.com/photos/tompinai
Skype:mohd_harith
facebook:www.facebook.com/Mohamad Harith
Emel:harithinc@yahoo.com

1 comment:

  1. I was his friend, and he was my leader here in Unimas. I am glad to see and actually see his life before Unimas. He was a great friend, and a great leader. Nobody knows why. Al-Fatihah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...