All Rights Reserved | Harith Photography 2017

Monday, May 6, 2013

Alasan-alasan musnasabah dan munasarawak







Assalamualaikum

Pertama sekali wa minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki..well why d becos wa lama sudah x hupdate blog wa ini..bukan apa..wa busy dengan kerja2 dunia-dunia yang fana dan tidak tahu bila penghujungnya..namun begitu..selepas meneguk segelas neskafe 3 in 1 pemberian member wa dengan tetiber satu aura meresap masuk ke dalam diri ini dan membisikkan satu suara halus kepada wa untuk besemangat dan menulis barang sepotong dua ayat dalam blog ini..wa tau bukan ada pun orang yang akan membacanya..tapi cukuplah sekadar menulis dan mengupdate blog ini….mungkin cara penulisan wa ini bukanlah satu kaedah yang betul dan penggunaan laras bahasa yang campur aduk..namun bagi wa cukup bagi sesiapa sahaja yang membaca dan memahami apa yang cuba wa sampaikan dalam penulisan wa ini, meskipun ramai yang tahu bahawa wa sekarang sedang sibuk menyiapkan kajian mengenai penggunaaan bahasa yang betul dalam kalangan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi..Tetttttttttttt itu semua tipu J…(part kajian tu harap jangan percaya).

Ok lah cukup mukadimah sebagai pembuka kata, mungkin ramai yang tanya kenapa,mengapa,dan segala macam persoalan yang bermain di kepala kamurang knpa blog wa lama tidak update..ok alasan pertama yang wa rasa mungkin boleh diterima.

1. Talian internet kurang bagus.
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang merupakan pengguna tegar internet menghadapi masalah kelambatan kelajuan intrnet yang lambat mengalahkan kelajuan siput Babss. Seperti juga wa, masalah itu adalah masalah utama yang wa hadapi dari dahulu sehingga kini. Entah sampai bila masalah kelajuan internet ini akan berakhir..harap selepas pilihanraya ini taraf internet di negara ini akan mengalami satu transformasi yang mendadak.

2. Kesibukan melapaui batas.
Seperti mana insan lain yang bergelar pelajar institusi pengajian tinggi sebegitu juga dengan diri wa sebagai seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam. Perkara paling common dalam diri sebagai seorang pelajar adalah kesibukan menguruskan asaiment,pembentangan,tugasan rasmi dan hal-hal kesibukan yang lain. Itu belum campur kesibukan menguruskan gilpren,boypren heheh..ok sila abaikan yang itu. Semenjak dari awal tahun ini wa agak sibuk menguruskan bermacam-macam aktiviti institute bermula dari sukan sehinggalah asaiment,praktikal dan sebagainya. Alasan ini wa rasa paling mustajab bila lambat datang dating dengan gilpren atau boypren kan kan kan ??

Pian: Sori sayang lambat datang…
Tijah: Apelah u ni..asyik2 lambat datang.
Pian: alah sayang busylah di kampus tu tadi..banyak kerja…asaiment pun kena hantar hari ni..tulah lambat datang..sori k..
Tijah : yelah2….yesterday cakap ada meeting..hari ni hantar asaiment..besok2 apa lagi alasan.
Pian: ok sory2..besok x lambat lagi..jon sayang belanja tengok wayang iron man 3..best citer dia..
Tijah: ok janji tau…cam tulah baru sayang~~~ (dasar materealistik).

3. Komitment aktiviti lain.
Most important thing when we do something is commitment, and when you gave 100% commitment the end of the product is superb..eisseh speking English kunun hahha..sori atas kesalah kalau ada kesalahan grammar..almaklum wa bukan english education…heheh ok komitment, semua orang tau apa itu komitment…kalau yang kureng tau sila google sendiri ok..sebagai pelajar sepenuh masa..wa terpeksa memberikan komitment sepenuhnya dengan aktivti yang dianjurkan oleh pihak institusi..so bila komitment sdah diberikan wa terpekasa mengabaikan penulisan blog ini buat sementara waktu..bukan tinggal terus..Cuma bila ada masa free macam skang ni baulah wa berkesempatan untuk mengupdate blog.. J

So rasanya setakat ini itu sajalah alasan yang wa boleh kongsikan dengan kamurang semua…o ya..mungkin sebagai  makluman kepada semua..wa skang ni terpaksa dengan berat hati menghentikan operasi gambar menggambar disebabkan kamera wa baru saja dicuri oleh pencuri professional…beserta dengan hardisk wa..sedih2..namun apakan daya wa terpaksa merelakan ia pergi…Cuma tinggal 3 minggu sebelum wa bercuti, sebelum tu wa terpaksa menempuh perjalan 2 minggu terkhir exam..doakan wa tenang menjawab exam J.. dan selepas tu wa akan meneruskan pengembaraan solo wa di Sarawak….pasal cerita pengembaraan wa di Sarawak akan wa cerita entry akan datang.. so sebelum wa tinggalkan kamurang harap kamurang enjoy tinguk gambar yang wa sempat ambil guna HP 3310 wa tu heheh.. ok semua..bye2 see you..

v  Nota kaki: PRU 13 baru sahaja melabuhkan tirai, harap semua janji yang ditabur dikotakan J


3 comments:

  1. Alasan lu kali wa terima bulat bulat bro. harap dapat jd lebih ekselen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh terima kasih kerana menerima alasan tersebut..harap anda juga lebih ekselen...

      Delete
  2. dasar materialistik? haha. ngutuk awek nampak? --,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...